Satu pertiga harapan

BN berjaya membelasah pembangkang di Sarawak, kemudian diikuti pula dengan PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, membuatkan Pakatan Harapan (PH) berterusan kehilangan harapan. Kemunculan AMANAH telah membahagikan kekuatan PAS, menyebabkan PR bertukar kepada PH. PH gagal untuk bekerjasama dengan PAS, sebaliknya kini saling bersaing antara satu sama lain, membuka ruang kepada BN mengaut keuntungan.

Tetapi pada ketika BN meraikan kegembiraan, Shafie Apdal kembali semula ke negeri asalnya. Pada awalnya terfikir bahawa kuasa pembangkang akan mempunyai peluang, tetapi apa yang kelihatan jelas semakin ramai yang keluar daripada pembangkang dan pengundi kini sedang melihat pementasan politik baharu.

Politik sentiasa membawa kejutan, kemunculan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuka satu lagi platform baharu. Tsunami politik hanya menyaksikan kebangkitan kuasa-kuasa puak penentang di mana selepas tsunami politik kedua, slogan ‘Ubah’ yang dibanggakan juga mengalami perubahan, kembali semula kepada politik yang tenang.

Mungkin juga bila angin politik sejuk ini terus bertiup, PPBM kini hanya memerlukan seorang lagi ADUN untuk memecahkan kelebihan majoriti dua pertiga BN Johor, supaya pengundi boleh merasakan akan berlaku taufan politik pada PRU akan datang.

Berdepan dengan realiti nisbah penduduk, walaupun pengundi Cina berusaha untuk meningkatkan peratusan, namun ia tetap tidak dapat mengubah rejim. Impian itu masih lagi ada tetapi tidak meletakkan harapan kepada PH sebaliknya kepada seluruh rakyat terutamanya pengundi Melayu.

Tarik tali antara pemerintah dan pembangkang dalam isu hudud, bukan sahaja membawa kepada krisis Perlembagaan dan kehidupan harian, kerana apabila hudud dilaksanakan, kehidupan bukan Islam pasti akan terjejas.

Dalam keadaan kem pembangkang berpecah-belah, pergolakan dalaman parti pemerintah juga semakin kelihatan. Angin lompat parti semakin hebat berbanding angin perubahan, tetapi masih belum diketahui lagi berapa kuat angin politik itu akan bertiup.

Bagaimanapun dalam kebangkitan demokrasi, politik autoritarian dan konservatif sudah tidak sesuai lagi dalam era hari ini. Hanya politik yang telus, terbuka dan majmuk sahaja dapat menerajui negara untuk mencapai status negara maju.

Selepas memahami perkara ini, pengundi perlu menggesa parti pemerintah dan pembangkang supaya jangan jadikan “satu pertiga harapan” sebagai permainan silap mata kerana “satu pertiga harapan” selalunya akan membawa perubahan kepada nasib negara. – Guang Ming Daily

Related posts

Kaedah pengiraan jatuhkan Najib

“Tugasan besar” DAP

Hadi Awang “Man of the year”