Satu maut, 10 cedera letupan di Nuremberg

Jurucakap polis berkata, setakat ini belum ada maklumat mengenai punca letupan yang dilaporkan pada jam 10.12 malam waktu tempatan.

Jurucakap bagi Menteri Dalam Negeri Bavaria berkata, masih tidak jelas sama ada letupan itu berlaku secara sengaja atau sebaliknya dan menambah Menteri Dalam Negeri Bavaria, Joachim Herrmann sudah diberikan taklimat mengenai kejadian itu.

Akhbar The Nuernberger Nachrichten melaporkan letupan berlaku di sebuah restoran di Ansbach.

Sementara stesen televisyen Jerman, NTV melaporkan, pegawai keselamatan mengesyaki letupan disebabkan oleh kebocoran gas.

Satu festival muzik yang berdekatan dengan tempat letupan sudah dibatalkan. – REUTERS

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia