Satu ‘balai’ kena angkut sebab rasuah di Pulau Pinang

Dalam serbuan jam 3 pagi itu, kesemua mereka yang ditahan dipercayai terbabit dalam rasuah membabitkan sejumlah amaun yang besar.

Kesemua mereka ditahan ketika berada di dalam bilik balai berkenaan.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk M Samarajoo dipetik berkata, semua lima anggota berkenaan kini masih ditahan untuk siasatan lanjut berhubung laporan yang doterima pihaknya.

“Mereka kini ditempatkan di lokap SPRM untuk siasatan lanjut dan akan membebaskan mereka dengan jaminan selepas keterangan mereka diambil,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab, mengesahkan serbuan dan penahanan anggotanya itu.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia