Sasaran PTPTN kutip RM15b hutang belum tercapai

Pengerusinya Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata bagi tempoh 1997 hingga Februari lalu, PTPTN sekadar mampu mengutip balik pinjaman berjumlah RM7.49 bilion.

“Walaupun sudah ada peningkatan daripada segi kutipan balik secara bulanan yang diperoleh PTPTN menerusi beberapa pendekatan termasuk pemotongan gaji, tetapi kita masih belum mencapai sasaran sepatutnya.

“Sejak ditubuhkan hingga sekarang kita telah mengeluarkan RM55 bilion kepada peminjam dan kita sasarkan untuk mengutip balik sekurang-kurangnya RM15 bilion,” katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Pelajar Bersama PTPTN serta Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (Baiduri) di Kuala Kangsar semalam.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar berkata sepanjang tahun ini pula PTPTN telah berjaya mengutip balik pinjaman berjumlah RM980 juta.

Shamsul Anuar berkata PTPTN masih mengkaji dan melihat pendekatan yangbersesuaian untuk melaksanakan potongan gaji terhadap sektor lain bagi membayar balik pinjaman PTPTN.

“Kaedah dan pendekatan kita untuk setiap sektor berbeza tetapi apa yang penting kita nak capai sasaran kita,” katanya.

Pada majlis itu, Yayasan Perak menyumbangkan RM9,400 dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) kepada 47 pelajar Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin yang disampaikan isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Sharipah Zulkifli.

PTPTN pula memberi sumbangan berbentuk barangan keperluan harian kepada 50 keluarga pelajar bagi meringankan beban perbelanjaan harian.

Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia