“Azmin kata ni bukan negeri bapanya (Adenan).
“Biar saya jawab. Memang Sarawak negeri bapanya (Adenan), bukan negeri bapa kau, datuk kau (Azmin),” katanya dalam satu majlis PBB di Miri hari ini.
Azmin pada Sabtu lalu membidas Adenan yang meminta menteri besar Selangor itu menulis permohonan rasmi sekiranya mahu melanjutkan tempoh tinggal di Sarawak.
“(Sarawak) Ni bukan negeri bapa kamu, ni adalah milik rakyat Sarawak,” kata Azmin.
Sarawak yang mempunyai autonomi imigresen, biasanya memberikan visa pelawat dari Semenanjung selama 90 hari.
Bagaimanapun visa Azmin hanya sah selama tiga hari sehingga hari ini. – Malaysiakini