Samsung henti penjualan Note 7

Samsung dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah meminta semua pembekal produk itu di seluruh dunia untuk menghentikan penjualan dan pertukaran telefon gantian model berkenaan sementara mereka melakukan siasatan terhadap masalah tersebut.

“Pengguna yang mempunyai sama ada Galaxy Note 7 asal atau unit gentian perlu mematikan kuasa peranti tersebut dan berhenti menggunakannya,” katanya.

Semalam, pembekal di Amerika Syarikat (AS) dan Australia menggantung penjualan atau pertukaran Galaxy Note 7.

Semetara itu, pihak berkuasa penerbangan turut melarang penumpang menggunakan telefon dalam kapal terbang selepas sebuah peranti gantian salah seorang penumpang tiba-tiba berasap ketika berada dalam pesawat di AS minggu lepas. – Reuters

Related posts

Masalah bateri punca Galaxy Note 7 terbakar – Samsung

Tisu tandas untuk telefon pintar di Jepun

Pembeli Note 7 saman Samsung