Samsung henti jual Galaxy Note7

“Kami sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh dengan pembekal kami bagi mengenal pasti bateri yang terjejas dalam pasaran.

“Memandangkan keselamatan pelanggan merupakan keutamaan di Samsung, kami menghentikan jualan Galaxy Note7,” kata Samsung Malaysia Electronics menerusi satu kenyataan, pada Isnin.

Syarikat itu juga akan menggantikan peranti sedia ada daripada pembeli yang sudah pun memiliki Galaxy Note7 dengan alat baharu pada minggu-minggu akan datang.

Pelanggan boleh menghubungi Samsung Malaysia Careline di 1-800-88-7799 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kedudukan peranti Galaxy Note 7 mereka sedia ada sebelum sebarang penggantian dilakukan.

“Kami akan berusaha untuk memastikan penggantian yang selesa dan cekap,” kata syarikat itu.— Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia