Sambanthan menang tanpa bertanding Presiden IPF

Proses penamaan calon bagi jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Pemilihan jawatan majlis tertinggi termasuk Pemuda dan Wanita IPF diadakan di Dewan Athi Kumanan, Wisma IPF, Seri Kembangan, Kuala Lumpur pada Ahad.

Dalam proses pencalonan kali ini, Datuk M. Sambanthan telah menang tanpa bertanding kali ini dengan sokongan majoriti semasa keputusan pencalonan diumumkan jawatankuasa pemilihan parti itu.

Calon-calon lain bagi majlis tertinggi juga telah menang tanpa bertanding tanpa ada pencalonan baharu kali ini.

Sementara itu, Loganathan dipilih sebagai Timbalan Presiden.

Beliau merupakan bekas Setiausaha Agung parti itu pada penggal lalu.

Bagi sayap Wanita IPF pula, Rajammah Perumal turut dipilih semula sebagai Ketua Wanita Kebangsaan IPF tanpa bertanding.

Bercakap kepada pemberita, Sambanthan berkata, kemenangan tanpa bertanding pada pencalonan kali ini di semua peringkat parti menunjukkan penyatuan parti selain kepercayaan ahli akar umbi terhadap barisan kepimpinannya.

“Ini menunjukkan penyatuan ahli dan pemimpin parti di atas satu landasan yang sama secara semangat juang tinggi.

“IPF dan barisan kepimpinan baharu ini sudah bersiap sedia mengemudi komuniti India ke arah kemenangan besar BN menjelang PRU-14,” katanya lagi. –Tamil Nesan

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal