Salleh nafi kerajaan mahu padam legasi Dr Mahathir

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata jika dakwaan itu benar, banyak legasi lain bekas perdana menteri itu boleh dihapuskan.

“Jika kerajaan mahu menghapuskan legasi beliau, sudah tentu KLCC turut dirobohkan.

“Namun kerajaan hari ini berpaksikan kepada rakyat didahulukan iaitu membangunkan kemudahan yang dapat memanfaatkan rakyat secara keseluruhan dan bukan segelintir golongan sebagaimana berlaku di era pentadbiran beliau,” kata Salleh, memetik laporan portal Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC).

Salleh turut mengakui peranan Dr Mahathir dalam Proton tidak dapat dinafikan.

Dalam perkembangan sama, Salleh mengingatkan bekas perdana menteri itu bahawa kerajaan menyediakan suntikan berjumlah RM1.5 bilion kepada syarikat berkenaan pada bulan April lalu.

“Malah, pinjaman mudah itu antara lain bagi membantu syarikat automotif itu membayar vendor,” kata Salleh.

Dr Mahathir melalui laman blog miliknya mendakwa Najib cuba menghapuskan legasinya dalam Proton.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri