Salah pesan roti canai, anggota polis ditikam

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 pagi itu, mangsa bersama tiga rakannya memasuki restoran berkenaan untuk menjamu selera sebelum berlaku salah faham dengan dua lelaki lain di dalam premis tersebut sehingga tercetus pergaduhan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, pada awalnya salah faham itu berlaku apabila mangsa telah memesan roti canai daripada suspek yang disangka pelayan restoran berkenaan.

Jelasnya, berikutan itu salah seorang suspek dikatakan telah menunjukkan isyarat lucah kepada anggota terbabit sebelum mangsa bertindak mengejar sehingga ke lobi kondominium berkenaan.

“Anggota polis dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman yang menetap di Kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak kemudian bergelut dengan suspek sebelum ditikam di perut manakala suspek pula cedera ringan.

“Mangsa yang berusia 26 tahun kini berada dalam keadaan stabil dan dirawat Hospital Selayang. Mangsa ditikam dengan benda tajam tetapi alat atau senjata yang digunakan masih tidak pasti dan masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ali berkata, kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 24 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Mereka direman selam empat hari bermula hari ini sehingga 29 Disember dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap