Ketua Komunikasiny Fairuz Majid, berkata keselamatan semua penumpang dan anak kapal adalah keutamaannya pada setiap masa.
Beliau berkata, bagi mencapai matlamat itu, pihaknya sentiasa memastikan audit keselamatan lulus yang dijalankan oleh pelbagai pengawal selia antarabangsa termasuk Audit Keselamatan Operasi IATA (IOSA).
“Turut dinaiktaraf adalah semua pesawat AirAsia X yang dilengkapi dengan sistem pengurusan penerbangan.
“Pihak kami juga membangunkan buletin latihan dan pakej untuk krew penerbangan. Ia menekankan pengendalian yang betul membabitkan penjajaran data udara dan sistem rujukan inersia selain,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan AirAsia X petang Rabu.
Fairuz berkata, syarikat turut memberi taklimat kepada semua juruterbang mengenai penemuan siasatan dalaman dan selain mengkaji semula prosedur pemulihan yang akan diambil.
Terdahulu, pesawat berkenaan dijadualkan dalam penerbangan dari Sydney ke Kuala Lumpur tetapi sebaliknya mendarat di Melbourne.