Salah DAP semut serang penduduk di P. Pinang

Naib Pengerusinya Lim Boon Ten berkata, taman berkenaan terletak bersebelahan dengan Sungai Air Itam dan pasir yang dikorek dari sungai itu mewujudkan tempat yang menggalakkan semut berkenaan membiak.

Katanya semut itu membawa mudarat kerana sengatannya boleh menyebabkan gatal, bengkak dan kulit menjadi merah, terutama bagi mereka yang menggunakan taman tersebut untuk tujuan rekreasi.

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang, yang mengendalikan projek tebatan banjir negeri, telah mengorek pasir berserta sampah, beg plastik serta botol air dari sungai itu dan membiarkannya di tebing sungai, menyebabkan semut api menyerang taman rekreasi berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas melawat taman itu hari ini.

Lim, yang juga penyelaras Gerakan negeri bagi kawasan Datuk Keramat, berkata JPS negeri tidak memberishkan pasir, sampah dan bahan buangan lain yang dilonggok di tebing sungai itu.

Menurut beliau, pasir dan sampah yang dilonggok di tebing sungai berkenaan menyakitkan pemandangan merka yang berkunjung ke taman itu.

Katanya kerajaan Pulau Pinang mengumumkan peruntukan RM220 juta bagi projek tebatan banjir di negeri ini tahun depan, tetapi jika begitulah cara ia melaksanakannya, peruntukan itu hanya merupakan suatu pembaziran.

Lim berkata JPS hanya mengorek pasir di kedua-dua belah dan tidak ditengah-tengah sungai berkenaan dan menurut beliau, cara itu tidak menjadikan sungai berkenaan lebih dalam, dan sampah yang dilonggok di tebingnya akan masuk kembali ke dalam sungai apabila hujan serta menyebabkan berlaku pengelodakan.

Bulan lepas, kerajaan Pulau Pinang mengumumkan peruntukan RM220 juta bagi melaksanakan beberapa projek tahun depan untuk mengatasi banjir di banyak kawasan di negeri ini.–Bernama

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri