Saharul Ridzwan sah suami Deena Emir dengan sekali lafaz

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Mohamed Akir Emir Bin Ahmad Teruki dalam sebuah majlis pernikahan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya, kira-kira jam 9 pagi Jumaat.

Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 27, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Qaabila Deena Emir.

Selain itu Saharul turut menghadiahkan lima dulang hantaran kepada pengantin perempuan dan dibalas dengan tujuh dulang, manakala wang hantaran dirahsiakan.

Majlis resepsi akan diadakan di Dewan Sri Siantan Putrajaya pada petang Jumaat (petang ini) di Dewan Sri Siantan, Putrajaya.

Manakala, majlis bersama peminat akan diadakan pada Ahad di Shah Alam.

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran