“Ya, segala maklumat yang tersebar menerusi kad undangan tersebut adalah benar. Sebenarnya, saya ingin berlaku adil dengan semua media dengan menjemput mereka ke majlis perkahwinan ini.
“Bagaimanapun, apabila ia bocor sebelum waktunya saya tidak dapat berbuat apa-apa. Jangan risau, saya akan edarkan kad perkahwinan kepada pihak media dan merancang untuk bertemu dengan semua secara santai bagi memperincikan hal itu (perkahwinan) sebelum menamatkan zaman bujang pada tarikh 16 September,” ujarnya yang temui Kosmo! pada majlis rumah terbuka Media Prima di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur hari ini.
Ditanya lebih lanjut mengenai persiapan majlis, Saharul yang cukup dikenali menerusi drama popular Hati Perempuan memberitahu bahawa ia sedang berada persiapan akhir.
“Alhamdulillah, semuanya sudah hampir siap dan tunggu masa yang sesuai untuk diedarkan kepada pihak media,” katanya. – Kosmo! Online