Safwan Anang bebas tuduhan hasutan

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Wira Mohtarudin Baki yang bersidang bersama Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuannya.

Muhammad Safwan, 27, yang merupakan seorang guru al-Quran di sebuah institusi merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabit dan mendendanya RM5,000 kerana memberi ucapan berbaur hasutan.

Dia disabitkan memberi ucapan menghasut bagi membangkitkan kemarahan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara tidak sah.

Muhammad Safwan didakwa melakukan perbuatan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Jalan Maharaja Lela, Dang Wangi di ibu negara antara pukul 8.55 malam dan pukul 11.15 malam, 13 Mei 2013.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, memetik laporan Utusan Online.

Â

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap