‘Sabah untuk Sabahan’ isu lapuk

Kata Nasir, rakyat Sabah sudah tidak lagi terperangkap dalam pemikiran kenegerian tetapi sudah melihat secara keseluruhan diperingkat nasional.

“Isu ini sudah pernah di bawa beberapa parti di Sabah. Isu sebegini sudah agak ketinggalan.

“Apa yang kita fikirkan bukan corak kenegerian. Kita perlu fikir secara keseluruhan. Fikir sebagai peringkat nasional,” ujarnya.

Beliau berkata demikian mengulas slogan Warisan itu dalam usaha menarik sokongan pengundi terhadap parti baharunya itu.

Nasir berkata, Shafie juga masih menjalankan tugas sebagai ahli Parlimen Semporna walaupun tidak lagi menjawat jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian.

“Dia masih wakil rakyat. Kadang dia datang ke Semporna utk buat kerja-kerja dia sebagai parti baru.

“Masih macam biasa kerana dia sekarang menjelajah sebagai presiden parti baru,” katanya lagi.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri