Sabah bertindak agresif, bersih rumah serta merta elak Zika

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, juga mahu pihak berkuasa berkaitan meningkatkan langkah untuk memastikan kawasan di bawah bidang kuasa mereka bebas daripada tempat pembiakan nyamuk.

Beliau juga menggesa wakil rakyat dan pemimpin masyarakat lebih proaktif menjalankan kempen kesedaran mengenai penyakit berkaitan nyamuk, selain melaksanakan gotong royong untuk menjaga kawasan masing-masing daripada menjadi potensi tempat pembiakan nyamuk.

“Perkara ini tidak boleh dipandang ringan. Kita semua perlu memainkan peranan dengan memastikan persekitaran sentiasa bersih,” katanya menerusi kenyataan, pada Sabtu.

Musa juga mahu PBT menggunakan sepenuhnya undang-undang terhadap mereka yang mengabaikan arahan untuk membersihkan kebersihan persekitaran, terutama tapak pembinaan yang sering menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia