Kata Zahid, pendirian berhubung RUU persendirian yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu akan ditentukan berdasarkan situasi.
“Itu kita akan serahkan kepada PM bagi menentukan berdasarkan pada situasi yang telah ditentukan,” katanya dalam sidang media di lobi Dewan Rakyat, pada Selasa.
Usul persendirian tersebut berada pada aturan nombor empat dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat semalam.
Mengulas mengenai bila ia akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Zahid berkata ia terpulang kepada Speaker Dewan Rakyat untuk menentukan.
Mengikut peraturan mesyuarat Dewan Rakyat, urusan kerajaan perlu didahulukan sebelum mana-mana usul persendirian boleh dibentang dan dibahaskan.
“Dalam peraturan Parlimen RUU itu berada di kedudukan keempat dan ianya terletak dalam bidang kuasa Speaker untuk memutuskan hal ini,” ujarnya.