RUU Persendirian tiada kaitan hudud

Menurutnya, setakat ini kedudukan Mahkamah Syariah lebih rendah daripada Mahkamah Majistret.

“Kita minta semua wakil rakyat (anggota Parlimen) terutama yang beragama Islam, dan bukan Islam menyokong usul berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas Pusat Ke-55 di sini malam ini.

Beliau berkata usul berkenaan hanya untuk memartabatkan Mahkamah Syariah, oleh itu tiada sebab mengapa orang Islam dan bukan Islam tidak boleh menyokong.

Usul RUU persendirian itu dibentangkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 26 Mei lepas.

Muktamar dewan tersebut dirasmikan Naib Presiden Pas Idris Ahmad. – Bernama

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri