RUU 355 akan dibentangkan minggu ini di Parlimen, kata Zahid Hamidi

Perkara itu disahkan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi kepada pemberita selepas taklimat khas ahli-ahli Parlimen beragama Islam di Parlimen hari ini berkaitan akta tersebut.

“Akan dibentangkan minggu ini, akan dibentangkan minggu ini,” katanya.

Turut serta memberikan taklimat ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom.

Sementara itu, ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yg ditemui selepas taklimat berkenaan berkata terdapat pindaan yang akan dilakukan Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebelum di bawa untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.

Hadi membawa usul tersebut di Parlimen sebelum ini untuk meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah.

Khalid turut berkata, Zahid juga bersetuju untuk meminda itu meminda pindaan Akta 355 itu secara holistik.

Beliau berkata sebaik sahaja ia dibacakan satu jawatankuasa khas akan dibentuk untuk membincangkan pindaan rang undang-undang itu dengan lebih terperinci.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri