Rusuhan di Parlimen: Polis nafi dakwaan Khalid Samad

Khalid dipetik sebuah portal berita dalam talian pada Isnin sebagai berkata suspek utama termasuk Firdaus Tajuddin, anak kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman tiada dalam kawad cam yang dihadirinya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata dua sesi kawad cam diadakan pada 13 Dismber dan 10 Januari lalu.

“Khalid hadir dalam sesi kawad cam kedua dan dua suspek telah dicam daripada 11 suspek yang mengambil bahagian.

“Semua suspek yang ditangkap telahpun mengambil bahagian dalam sesi kawad cam termasuk anak kepada Timbalan Menteri yang dimaksudkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata hanya seorang suspek yang masih belum dikenalpasti.

“Semua kawad cam itu dilakukan dengan sempurna mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan perjalanan kawad cam ini turut dihadiri oleh peguam kedua-dua pihak,” katanya.

Dalam kejadian pada 24 November lalu, Khalid diserbu sekumpulan individu yang cuba menyerangnya di perkarangan pintu masuk Parlimen.

Insiden berkenaan dipercayai berpunca daripada pertikaman lidah membabitkan perkataan “sial” antara dirinya dengan Tajuddin.

Susulan insiden itu, polis kemudian menahan 11 suspek yang terdiri daripada tiga wanita untuk membantu siasatan dengan salah seorang daripada mereka adalah Tajuddin sendiri.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap