Rundingan dah habis lama, kata Nik Abduh

Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, rundingan bersama PKR berhubung calon di dua kerusi Parlimen itu juga telah lama selesai.

“Rundingan dah banyak hari habis dah. Cuma sekarang ini ialah Pakatan Harapan yang tak buat keputusan mereka lagi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, pada Rabu.

Nik Abduh berkata, PAS bersedia berhadapan dengan segala kemungkinan sekiranya bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turun berkempen pada PRK kali ini

“Kita dah buat perkiraan tentang semua kumpulan yang bertelagah. PAS bersedia dan ada strategi untuk berhadapan dengan Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Dan kita tahu bahawa kumpulan Tun M akan menjejaskan Umno,” katanya.

Related posts

Jangan keterlaluan memuji saya – Budiman

Tiada sabotaj dalam BN kunci kemenangan besar

PAS harap undi protes untuk menang