Rundingan bawa Pogba ke United dijangka muktamad minggu depan

Dilaporkan, Manchester United berharap untuk memuktamadkan perpindahan itu minggu depan.

Rundingan kini di peringkat akhir selepas ejen Pogba, Mino Raiola terbang ke Miami untuk bertemu dengan pelanggannya dan membincangkan butiran lebih terperinci.

Pada Sabtu, Juventus bersetuju untuk membayar £78 juta (RM415.49 juta) kepada Napoli untuk penyerang Gonzalo Higuain.

Bagaimanapun terdapat penerimaan dari kelab Itali itu sekiranya Manchester United bersetuju untuk membayar tambahan £18.4 juta (RM98.01 juta), mereka akan membenarkan pemain berusia 23 tahun itu kembali ke Old Trafford.

Manchester United sebelum ini dilaporkan menawarkan £86 juta (RM461.46 juta) bagi membawa masuk semula bintang Perancis itu tetapi ditolak oleh Juventus. – Mail Online

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2