Rundingan akta ‘dana politik’ siap hujung tahun ini – Paul Low

Kata Paul Low, beliau telah diberi tugas untuk mengadakan rundingan dengan pemimpin-pemimpin politik selepas kabinet mengadakan perbincangan mengenai draf rang undang-undang tersebut.

“Langkah pertama ialah saya cuba dan saya akan, mudah-mudahan, untuk bertemu dan memberi taklimat kepada pemimpin Barisan Nasional terlebih dahulu dan harap-harap dapat menerangkan dan mendapatkan sokongan semua pemimpin politik yang lain kemudiannya.

“Saya harap menjelang akhir tahun ini, sepatutnya siap segala-galanya,” katanya ketika ditemui pemberita di Petaling Jaya hari ini.

Jelasnya, akta ini merupakan perkara besar dan beliau perlu mengadakan rundingan dengan parti-parti politik kerana mereka akan terkesan dengan akta tersebut.

The PDEA adalah salah satu daripada 32 cadangan oleh Jawatankuasa Perundingan Kebangsaan mengenai pembiayaan politik yang dipengerusikan oleh Paul Low.

PAS dan sekutunya dalam Gagasan Sejahtera (GAGASAN), Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) sebelum ini mendesak kerajaan supaya segera menggubal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Dalam satu kenyataan bersama Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, mahu ianya digubal dan diluluskan di parlimen pada awal tahun depan.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri