Rumah Boleh Digeledah Jika Tak Bayar Cukai – PM

89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 226 128 153 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 109 101 110 103 104 97 100 105 114 105 32 83 105 100 97 110 103 32 75 101 109 117 110 99 97 107 32 80 101 110 99 101 103 97 104 97 110 32 82 97 115 117 97 104 32 50 48 50 52 32 100 105 32 75 117 97 108 97 32 76 117 109 112 117 114 44 32 50 57 32 70 101 98 114 117 97 114 105 44 32 50 48 50 52 46 32 45 32 83 65 68 73 81 32 65 83 89 82 65 70 47

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi arahan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) agar mengambil tindakan tegas kepada individu yang enggan membayar cukai termasuk menggeledah kediaman mereka.

Beliau berkata, tugas mengutip cukai perlu dilaksanakan dengan lebih tegas tanpa mengira kedudukan sesebuah syarikat atau pangkat individu itu.

“Kita tidak boleh memberi gambaran yang atas, paling maha kaya itu terselamat daripada tindakan. Mesti ada kesungguhan dan keberanian daripada anda semua, tidak kira kaitannya dan kedudukannya.

“Saudara bertugas menjalankan tanggungjawab, tidak kira sama ada dia Ahmad atau Ah Seng atau Tan Sri atau Tun, saudara hanya kira dia bayar cukai atau tidak.

“Jika dia tidak bayar, geledah dan ambil tindakan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Hasil Ke-28 LHDN di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin. – MalaysiaGazette

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia