“Kami begitu gembira sekali kerana dua pemain Real menjadi antara yang terbaik di Eropah,” kata Presiden kelab tersebut, Florentino Perez.
Ronaldo menjaringkan 51 gol dalam 48 perlawanan pada musim lalu untuk Real yang menjuarai Liga Juara-Juara Eropah dan menjadi naib johan La Liga di belakang Barcelona.
Penyerang Portugal itu juga memainkan peranan penting dalam kejuaraan pasukan kebangsaannya pada Euro 2016 baru-baru ini. – Reuters