Rohingya berhak dapat kerakyatan Myanmar

Ki-moon, pada sidang akhbar bersama Kaunselor Negara Myanmar dan Menteri Luar, Aung San Suu Kyi, di sini semalam, bahawa beribu-ribu umat Islam Rohingya hidup selama lebih empat tahun di kem-kem di Rakhine kerana melarikan diri daripada keganasan puak majoriti Buddha.

“Ini bukan sekadar soal hak masyarakat Rohingya untuk mempunyai identiti diri. Mereka yang sejak beberapa generasi lalu menetap di negara ini juga perlu menikmati status undang-undang dan kewarganegaraan yang sama seperti orang lain,” tambahnya.

Sejak dilantik, penerima anugerah Nobel, Suu Kyi dikritik hebat kumpulan hak asasi antarabangsa kerana gagal menangani nasib Rohingya.

Sebelum lawatan beliau, Ki-moon menggesa kepimpinan baharu Myanmar untuk memberi sepenuh penghormatan terhadap hak asasi manusia.

Menurutnya, kepimpinan baharu kini perlu mengatasi diskriminasi, memastikan kesaksamaan dan menggalakkan pembangunan inklusif untuk semua, dengan menghormati sepenuhnya hak asasi manusia.

Minggu lalu, kerajaan Myanmar yang ditekan masyarakat antarabangsa, mengumumkan akan menubuhkan sebuah panel penasihat yang dipengerusikan oleh bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan, untuk mencari penyelesaian kepada isu-isu yang kompleks dan rumit di Rakhine.

Sebagai reaksi terhadap pelantikan Annan, Ban berkata beliau akan menyokong tugas pendahulu beliau itu di Rakhine dan bekerjasama dengan pihak berkuasa pusat Myanmar untuk menangani isu Rohingya.

Bagaimanapun, nasionalis Buddha di Myanmar menentang pelantikan Annan. – Agensi

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia