Rogol anak tiri usia 14 tahun dalam ladang kelapa sawit

Tertuduh yang berusia 36 tahun itu dituduh merogol mangsa yang berusia 14 tahun 10 bulan antara jam 10 hingga 10.30 malam, 6 Mac lalu, di sebuah ladang kelapa sawit di Pahi, Kuala Krai.

Tertuduh didakwa di hadapan Hakim, Nazri Ismail. Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta minimum 10 rotan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Fahrul Razi Zainal Abidin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada prosiding itu, Fahrul Razi memohon tarikh sebutan lain untuk pengurusan kes dan tidak mencadangkan jaminan terhadap tertuduh berikutan tuduhan serius yang dihadapi.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 November depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan perubatan mangsa.

Sementara tertuduh akan ditahan sehingga tarikh sebutan semula susulan tiada jaminan dibenarkan hakim, memetik laporan Sinar Harian.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap