RM42 juta masuk akaun Najib – Muhyiddin

Ini dinyatakan Muhyiddin sewaktu berucap pada Ceramah Perdana Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.4 di Kemasek, di Kemaman, malam Sabtu namun tidak menyatakan tarikh pertemuan yang didakwa itu.

Muhyiddin berkata, Abdul Gani bertanya berhubung wang RM42 juta dalam dua akaun persendirian yang ada kaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kejadian itu berlaku sewaktu Abdul Gani masih lagi dalam perkhidmatan. Saya diberitahu, peguam negara berjumpa PM (perdana menteri) dan maklumkan kepada Najib dalam siasatan dibuat SPRM didapati wang dengan kadar jumlah itu ada dalam akaun PM.

“Saya juga dimaklumkan, apabila perkara itu diberitahu kepada PM, beliau nafikannya dengan memaklumkan tidak ada, sedangkan telah disahkan ada oleh peguam negara. Terbukti wang itu ada di situ kerana beliau membelanjakan wang itu,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Muhyiddin mendakwa, bekas peguam negara itu pernah menjelaskan wang bernilai RM42 juta itu disuntik ke akaun persendirian perdana menteri melalui dua syarikat seperti dilaporkan, iaitu ada beberapa deposit wang dibuat ke akaun perdana menteri.

Katanya, SPRM ketika itu hanya menumpukan siasatan menjurus kepada dana daripada bekas anak syarikat seperti SRC International serta 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri