RM42 billion dari 1MDB tidak hilang, hanya tuduhan Mahathir, kata Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata bahawa segala dakwaan dan tuduhan Mahathir sebelum ini ternyata palsu dan mempunyai agenda peribadi.

“Jelas bahawa segala dakwaan dan tuduhan Tun Mahathir terhadap 1MDB adalah palsu. Beliau didorong kepentingan peribadi, bukan demi kepentingan negara dan juga berhasrat untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

“Bagaimanapun, kami di pihak kerajaan akan terus fokus untuk membangunkan dan memperkukuhkan ekonomi negara bagi menghadapi cabaran global,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Dalam perkembangan yang sama, Najib mengucapkan terima kasih di atas komitmen PAC yang menurutnya menjalankan siasatan secara telus dan komprehensif.

Siasatan itu dijalankan setelah Kabinet memutuskan untuk meminta Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang menjalankan siasatan bebas ke atas akaun kewangan 1MDB.

“Dalam memastikan siasatan yang dijalankan itu melalui proses yang telus, pihak kerajaan juga mengarahkan agar hasil siasatan Ketua Audit Negara diserahkan kepada PAC yang mana turut dianggotai oleh barisan ahli Parlimen pembangkang,” katanya lagi.

ends.//

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri