Melalui satu rakaman video yang kini viral di laman sosial, Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menawarkan ganjaran itu sebelum sepak mula.
Jutawan kosmetik itu mahukan pemain Pasukan Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) itu mencipta kemenangan demi maruh pasukan bola sepak negeri itu apatah lagi berdepan pasukan gergasi seperti JDT.
“Saya rasa tercabar apabila ada pihak memviralkan karikatur kijang dimakan oleh harimau, oleh itu saya mahukan pemain menunjukkan komitmen tinggi dan RM10,000 untuk pemain yang bermain sepenuh masa.
“Siapa yang bermain penuh malam ini akan diberikan RM10,000,” katanya dalam rakan video berdurasi dua minit 58 saat itu.
Dalam rakaman video itu juga, Hasmiza ataupun lebih dikenali sebagai Dr Vida turut memohon maaf kepada pemain dan pasukan atas beberapa kelemahan dalam mengurus tadbir pasukan itu termasuk isu jersi pemain.
Namun katanya, beliau akan berusaha untuk menambah baik dan membaiki kelemahan serta tidak mahu pemain menjadikannya sebagai alasan untuk mempamerkan aksi tidak konsisten.
Pada perlawanan Liga Super Jumaat lalu, Kelantan mengikat JDT dengan jaringan 2-2 selepas ketinggalan 0-2 kepada pasukan pelawat.
Penyerang veteran Kelantan, Indra Putra Mahyuddin merapatkan jurang gol selepas ketinggalan sebelum Wan Zaharulnizam Wan Zakaria menjaringkan gol penyamaan.