Ringgit meningkat berikutan sentimen baik harga minyak

Pada jam 9.04 pagi, unit tempatan disebut harga pada 4,1140/1200 berbanding dolar AS daripada 4,1200/1260 pada jam 5 petang semalam.

Seorang peniaga berkata, harga yang lebih tinggi itu dirangsang oleh jangkaan penurunan dalam inventori berlebihan di AS, pengguna minyak terbesar di dunia.

Sementara itu, Menteri Tenaga Qatar Mohammed Saleh al-Sada, yang juga Ketua Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), mendedahkan mungkin akan terdapat pemberhentian pengeluaran oleh negara anggota untuk meningkatkan harga.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2,9766/9829 daripada penutup Selasa pada 2,9784/9838, mengukuh berbanding yen kepada 3,7352/7424 daripada 3,7605/7670 dan meningkat berbanding euro kepada 4,5814/5897 daripada 4,6057/6129 semalam.

Bagaimanapun, ringgit menyusut nilai berbanding pound British kepada 6,0110/0222 daripada 5,9884/9988 pada Selasa. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia