TH dalam satu kenyataan berkata pemantauan melalui pejabat TH di Jeddah mendapati mata wang Malaysia diterima oleh kebanyakan penggurup wang di dua kota suci berkenaan.
“Selain itu, maklumat mengenai penggunaan kad ATM atau debit, yang membolehkan pengeluaran wang antarabangsa, yang kononnya tidak diterima, dan turut tersebar di media sosial, juga adalah tidak benar.
“Penggunaan kad ATM atau debit perlu mengikut tatacara yang betul dan perlu diaktifkan untuk melakukan pengeluaran wang,” kata TH.
Sehubungan itu, TH berkata jemaah Malaysia yang akan ke Tanah Suci dan berhasrat menggunakan kad ATM atau debit, dinasihati berhubung terus dengan bank yang mengeluarkan kad berkenaan untuk maklumat penggunaan yang betul. –Bernama