Pihak bank mengunjurkan pemulihan itu berdasarkan peningkatan harga komoditi seperti getah dan minyak sawit, selain asas ekonomi yang kukuh, katanya.
Pada 1.11 tengah hari, ringgit mengukuh kepada 4.4840/4890 berbanding dolar selepas dibuka pada 4.4870/4900 pada 9 pagi, ekoran harga minyak yang meningkat, yang akan menambah hasil kerajaan.
Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras bagi harga minyak, masih berlegar melepasi AS$55 setong.
“Ini merupakan kitaran, dan bukan kali pertama kita alami, kita sudah menyaksikan paras yang lebih teruk, pada paras 5.3 sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas melawat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit di sini Khamis.
Othman berkata pelabur tidak memasuki pasaran sehingga Presiden Amerika Syarikat yang baru dipilih, Donald Trump, mengangkat sumpah jawatan pada 20 Januari, 2017.
“Ada yang berkata bahawa perkara lebih buruk akan berlaku, namun kita tunggu majlis angkat sumpah Trump. Apa yang anda dengar sekarang bukan yang sebenarnya, hanya ‘dengar cakap’ sahaja,” katanya.