Richwork pandang serius isu Azizan Osman

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan semalam, Richworks berkata pihaknya akan memohon untuk penjelasan lanjut berhubung isu tersebut dan sebaik sahaja proses berkenaan selesai, ia akan dimaklumkan kepada umum.

“Kami kesal di atas kesulitan yang mungkin berlaku dan kami tetap komited untuk terus memberikan nilai yang tertinggi kepada pelanggan dan rakan sekutu,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Universiti Malaya (UM) menafikan telah memberikan anugerahkan gelaran Ijazah Kehormat Doktor (PhD) Keusahawanan kepada Azizan Osman selepas isu berkenaan kecoh di media sosial.

Dalam pada itu, Rickwork memaklumkan bahawa pihaknya akan menangani perkara ini dengan sebaik mungkin dan menghargai kesetiaan serta sokongan yang ditunjukkan oleh semua pihak.

Azizan Osman atau ‘Dr Azizan’ sebelum ini didakwa telah melahirkan jutawan baru melalui program-program yang beliau kendalikan.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia