Video: Rezeki ikan k****l, pelajar terima basikal dari Jokowi

Selepas klip videonya bersama Presiden Joko Widodo menjadi tular dan diketawakan, nasib yang baik untuk Ari Aditya tetap datang.

Gara-gara aksi spontannya gagal menyebut nama ikan tongkol dengan betul, pelajar sekolah rendah itu diberikan hadiah basikal oleh presiden ketujuh Indonesia itu.

Ari juga diberikan Kad Indonesia Pintar (KIP) yang membolehkannya menerima bantuan persekolahan daripada kerajaan.

Dia bersama sejumlah pelajar sebelum itu hadir ke majlis rasmi Jokowi – nama panggilan Joko Widodo – di Kemayoran, Jakarta.

Di atas pentas, Jokowi meminta Ari menyebutkan nama empat jenis ikan bagi ‘melayakkannya’ menerima hadiah.

Ari memberikan jawatannya, namun tidak lengkap. Dia menyebutkan nama ikan lele (keli), paus dan teri (bilis) dan kesukaran menyebutkan satu lagi jenis ikan.

“Satu saja lagi untuk dapat basikal,” kata Jokowi.

Akhirnya Jokowi mengajar Ari – ikan tongkol. Namun di situlah Ari tersasul dan menyebut perkataan lain yang merujuk kepada alat kelamin lelaki.

Insiden spontan itu menyebabkan orang ramai ketawa namun Jokowi kelihatan tenang dan terus memberi peluang kepada Ari.

“Ikan tongkol,” kata Jokowi memperbetulkannya.

Tempo melaporkan, Jokowi membahagikan KIP itu kepada 12 pelajar terpilih. Beliau juga sempat memberi nasihat kepada mereka: Gunakan dengan wajar, dan bukannya untuk membeli kad prabayar.

Sementara itu, ada pengguna Internet mendakwa Ari sebenarnya pelajar yang mengalami masalah disleksia.

https://www.youtube.com/watch?v=KnBtLbm8ROc

Related posts

Kes Stokin Kalimah Allah, Polis Tingkatkan Kawalan Di Mahkamah Shah Alam Elak Ketegangan

Konvoi Sahur: Dua Maut Dirempuh Lori Kontena

Majlis Perbandaran BP Batalkan Operasi Syarikat Edar Stokin Kalimah Allah