Reman ibu, teman lelaki sembunyi mayat anak dalam tong ikan dilanjut

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt Saifi Abdul Hamid berkata Mahkamah Majistret di sini telah membenarkan polis melanjutkan tempoh itu sehingga 6 Dis terhadap suspek yang masing-masing berumur 26 dan 34 tahun bagi melengkapkan siasatan.

Sebelum ini kedua-dua pasangan itu telah ditahan reman selama seminggu bermula 24 Nov lepas.

Pada 24 Nov lalu, polis Kuala Muda telah menerima aduan berhubung kes pergaduhan di flat berkenaan dan berjaya membongkar kes penderaan dan penemuan mayat itu.

Mayat kanak-kanak malang itu ditemukan berbalut dengan selimut toto dan disorokkan di dalam tong ikan dalam bilik di rumah terbabit.

Kanak-kanak perempuan itu pula kini masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan keadaannya dilaporkan semakin stabil.

Kes berkenaan telah disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mendera.–Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap