Remaja maut tercampak keluar dari kereta

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.55 petang itu, mangsa S. Calvin, 17, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada anggota badannya akibat tercampak keluar dari kenderaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor R. Supramaniam berkata, kereta Perodua Kancil yang dinaiki mangsa bersama rakannya berusia dalam lingkungan 16 hingga 18 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

“Kenderaan yang dipandu oleh Calvin dikatakan dalam perjalanan dari arah Sg. Tamu, Genting menghala ke Jalan Batang Kali.

“Sebaik sahaja tiba di selekoh, kenderaan berkenaan dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelah kanan sebelum melanggar sebatang pokok,” katanya, memetik laporan Utusan Online.

Menurut Supramaniam, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.

Sementara lima lagi rakan mangsa yang mengalami kecederaan parah akibat tersepit dalam kenderaan itu turut menerima rawatan kecemasan di hospital sama.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” jelasnya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia