Remaja maut kenderaan terjunam dalam gaung

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa Muhammad Shafiq Danial Alias, 18, maut di tempat kejadian manakala Muhammad Nur Hafiz Mohd Ridzwan, 20, patah kaki.

Pegawai Turus Trafik Negeri, DSP Mohd Mahiri Hussin berkata siasatan awal mendapati kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang dipandu Muhammad Shafiq hilang kawalan sebelum terbabas.

“Kenderaan yang dinaiki mereka dari Ipoh menuju ke Kuala Kangsar itu hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan dan menjunam ke dalam gaung sedalam 50 meter.

“Kedua-dua mangsa tercampak keluar daripada kenderaan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama.

Mohd Mahiri berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia