Remaja maut, dua polis cedera dirempuh

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah, berkata mangsa dikenali sebagai Muhammad Azizi Osman, 19, penduduk kampung berhampiran, meninggal dunia akibat parah di kepala.

Katanya, dua anggota polis itu pula ialah Koperal Ahmed Fazlee Khamaruzaman, 32, dan Konstabel Nur Farhana Zainudin, 23.

“Ahmed Fazlee cedera pada kaki kiri manakala Nur Farhana cedera pada kepala serta kaki kiri. Kedua-dua mereka berkhidmat di Balai Polis Padang Gajah,” katanya ketika dihubungi, pada Sabtu.

Beliau berkata, dalam nahas jam 1.35 pagi itu, ketiga-tiga mangsa dirempuh pemandu kereta berkenaan yang dipercayai tidak nampak mereka yang sedang menjaga lalu-lintas serta membantu mengutip muatan lori yang terbabas.

Katanya, pemandu kereta yang juga pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut berpangkat Leftenan kini ditahan bagi membantu siasatan. – Berita Harian

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia