Penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab Sepanyol itu, beraksi dalam semua 34 perlawanan La Liga dan 10 perlawanan Liga Juara-Juara sepanjang kempen ini sebelum mengalami kekejangan otot ketika mereka menundukkan Villarreal 3-0 kelmarin.
Dia disisihkan untuk aksi berdepan Rayo bagi memastikan dia benar-benar cergas untuk menghadapi pertembungan separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Manchester City, Selasa ini.
“Cristiano sukar disentuh kerana jumlah jaringannya membuktikannya, dia berhak untuk diiktiraf sebegitu,” kata Zidane pada sidang media sebentar tadi.
“Anda perlu bercakap kepada pemain untuk merehatkannya. Sebenarnya dia mahu beraksi esok (hari ini) tetapi dia sedar dia tidak boleh beraksi.
“Dia merasakan sesuatu pada perlawanan terakhir dan kini dia perlu menyiapkan mindanya untuk perlawanan Selasa ini,” katanya. – Agensi