Rayuan qazaf Anwar terhadap Saiful ditolak

Perkara itu diputuskan oleh Hakim Datuk Seri Md Yusup Che Teh yang berkata pihaknya tidak menerima dokumen yang difailkan oleh pihak Anwar pada 21 Februari 2012.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Anwar, Rafiie Mohd Shafie berkata pihaknya akan membawa perkara itu kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membolehkan rayuan qazaf itu diteruskan kerana pihaknya telah mematuhi segala syarat demikian.

Katanya, Anwar akan mengemukakan permohonan semakan semula dan membatalkan bantahan yang dibuat.

“Dalam masa dua minggu kita akan jumpa Yang di-Pertuan Agong dan memasukkan dua perkara iaitu menyemak semula dan membatalkan kenyatan yang telah dibuat,” katanya kepada pemberita selepas prosiding itu.

Terdahulu Rafiie berkata pihaknya telah mengemukakan dokumen berkaitan melalui Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Muhammad Khairul Nizzam Kassim bagaimanapun telah dihalang berbuat demikian.

Menurut semakan Malaysiakini ke atas dokumen yang dimiliki oleh Rafiie menunjukkan mereka mempunyai dokumen yang dicop oleh pihak pendaftar bagaimanapun dokumen yang sama tidak sampai kepada hakim.

Sementara itu, Anwar ketika ditemui pemberita turut mempersoalkan mengenai dokumen yang tidak sampai ke tangan hakim itu.

“(Kita) gagal di mahkamah syariah, cara dia hanya merayu pada Agong kerana kita daftar pada pendaftar tapi rekod pendaftar tak ada,” soalnya.

Anwar kini berhadapan hukuman lima tahun penjara kerana didapati bersalah meliwat Saiful Bukari setelah mahkamah persekutuan mengekalkan keputusan mahkamah rayuan.

Anwar mengemukakan tuntutan qazaf terhadap Saiful Bukhari yang gagal mengemukakan empat orang saksi dalam sabitan pertuduhan kes liwat pada 2008 itu.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia