Rasuah: Inspektor sarat mengandung 9 bulan dijel 2 tahun

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk AB. Karim AB. Rahman membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azah Kasran terhadap sabitan yang diputuskan Mahkamah Sesyen, yang melepas dan membebaskan atas tuduhan itu Januari tahun lalu.

‘’Pembebasan tertuduh sebelum ini disebabkan hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam membuat keputusan,’’ katanya.

Dalam prosiding pagi tadi, AB Karim turut memerintahkan supaya responden, Suriati Mohd Shafie, 35, dipenjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan kedua Suriati didakwa bersetuju menerima RM4,000 daripada Nurullizean Yahya sebagai dorongan membantu melepaskan suaminya, Tchouanseu Tchounga Armand, warga Cameroon, yang disyaki terbabit kes samun.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Bilik Pejabat Tingkat 3, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields (Balai Polis Petaling), di antara pukul 8.30 malam dan 9.30 malam pada 22 Januari 2013 lalu, memetik laporan Kosmo Online.

Â

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap