Rasuah e-pasport RM700 juta, CEO, pengurus GLC direman

Turut direman enam hari bermula hari ini ialah seorang lelaki berusia 36 tahun yang juga pengurus jualan antarabangsa GLC berkenaan.

Perintah tahanan reman terhadap kedua-dua lelaki berkenaan dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di Putrajaya pagi tadi.

CEO GLC bergelar Datuk berusia 58 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya di Tropica Indah, Petaling Jaya dalam satu operasi, kira-kira jam 12 tengah hari, pada Khamis.

Suspek yang juga pengurus jualan antarabangsa GLC itu pula ditahan di rumahnya di Taman Desa, Jalan Klang Lama, di ibu negara.

Terdahulu, kedua-kedua lelaki berkenaan tiba di Mahkamah Majistret di Putrajaya, jam 8.55 pagi dengan berbaju lokap SPRM berwarna jingga dan bergari, memetik BH Online.

Â

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap