Ramasamy bakal ganti Guan Eng?

Beliau yang merupakan Timbalan Setiausaha Agung DAP berkata tindakan cuba untuk ‘menjadikan’ beliau sebagai Ketua Menteri hanya propaganda yang dibuat oleh Barisan Nasional untuk memalukan beliau dan parti.

“Soal menggantikan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri tidak timbul sama sekali,” kata Ramasamy.

Guan Eng kini berdepan dengan tekanan apabila didakwa atas dua pertuduhan rasuah berkaitan denagn penukaran sebidang tanah dan pembelian banglo di Jalan Pinhorn, George Town.

Bagaimanapun, menurut laman sosial Facebook, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, terdapat beberapa ‘banner’ telah dinaikkan di Pulau Pinang termasuk di DUN Perai yang dimenangi P. Ramasamy mahukan beliau menggantikan Guan Eng sebagai Ketua Menteri.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri