Ramalan PRU hujung tahun depan

Jika mengimbas kembali PRU 505 pada tahun 2013, ia diadakan dua tahun kemudian berdasarkan spekulasi tarikh, oleh itu bolehlah ia dikatakan sebagai perang yang adil. Jika dulu parti pembangkang masing-masing berpendapat bahawa BN akan mencukupkan tempoh lima tahun kemudian baharu mengadakan PRU, tetapi terdapat satu faktor utama yang membuatkan UMNO ada rasa sangsi dengan keadaan tersebut.

Pemimpin PKR, Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas disabit kesalahan liwat, jika tolak satu pertiga cuti dan tingkah laku baik maka dijangkakan pada tahun 2018, beliau akan dibebaskan. Walaupun hilang kelayakan untuk bertanding sebagai calon, namun membiarkan harimau ini melakar strategi baharu untuk menyusun atur semula PH sudah pasti akan menimbulkan ancaman kepada BN. Oleh yang demikian PRU14 perlu diadakan sebelum Anwar keluar daripada penjara.

Selepas melalui pengalaman PRU 308 dan 505, memandangkan awal tahun dikatakan kurang bertuah kepada BN, oleh yang demikian kumpulan pemikir BN mencadangkan PRU diadakan pada pertengahan tahun sebagai satu percubaan melawan arus. Lebih-lebih lagi ia boleh mengambil kesempatan daripada pengagihan Bajet untuk membawa kegembiraan kepada rakyat, ini juga merupakan satu strategi.

Hari ini UMNO masih mempunyai bakul-bakul besar isu penghalang yang perlu dihapuskan. Semasa PRN Sarawak yang lepas, faktor utama kemenangan besar BN ialah kerana strategi Adenan berusaha untuk memperjuangkan kuasa autonomi Sarawak telah berjaya memenangi hati rakyat. Bagaimanapun hari ini dalam berdepan PRU, jika tidak mendapat impak daripada kerajaan Pusat, sudah tentu ia akan memberi kesan kepada situasi pilihan raya. Adenan pada bulan Julai yang lepas telah berjumpa dengan Najib, menyampaikan memorandum menggesa langkah pertama kerajaan Pusat melepaskan 13 peruntukan kuasa pentadbiran kepada kerajaan negeri Sarawak, aspek rundingan ini termasuklah yang melibatkan Inter-Governmental Committee Report dan Cobbold Commission Report. Oleh yang demikian, kerajaan Pusat pada tahap tertentu perlu melepaskan sedikit ikatan terhadap Sarawak.

Di samping itu, kerja-kerja persempadanan semula kawasan pilihan raya juga telah mendapat bantahan parti pembangkang dan juga pemerintah. Oleh kerana SPR kini sedang menganjurkan pendengaran awam dan kajian mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya maka kerajaan paling cepat sekali pun perlu menyampaikan usul persempadanan semula kawasan pada Mac atau Jun di Parlimen.

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang tidak pernah terlepas membuat ramalan tarikh PRU, kali ini beliau berpendapat PRU14 akan diadakan pada September tahun depan. Ini berdasarkan pada faktor perbicaraan kes Lim Guan Eng yang telah dibawa sehingga 21 Julai tahun depan. Kit Siang juga berpendapat jika Guan Eng didapati bersalah, ini akan menghalangnya daripada terus memegang jawatan KM. Kit Siang terlebih dahulu memutuskan hukuman anaknya sendiri tanpa perbicaraan, adakah beliau sebenarnya sudah mempunyai bukti yang mengesahkan anaknya tidak boleh lari daripada kesalahan ini?

Menerusi pemerhatian umum, PRU akan diadakan antara September hingga November. Hal ini demikian kerana UMNO juga memerlukan lebih masa untuk menyelesaikan banyak isu politik yang menghantui parti itu dan mewujudkan program yang lebih baik untuk kehidupan rakyat. Pada asasnya jika UMNO dan PAS bersubahat dalam PRU untuk bertarung dengan PH, pertempuran masih lagi dalam lingkaran kuasa orang Melayu. Walaupun DAP masih lagi digemari oleh pengundi Cina, namun bercerita mengenai keseluruhan keadaan politik, ekor tikus ini masih lagi tersekat. – Sin Chew Jit Poh

Related posts

Kaedah pengiraan jatuhkan Najib

“Tugasan besar” DAP

Hadi Awang “Man of the year”