Mukhriz berkata demikian ketika berucap dalam majlis Ramah Mesra bersama Tun Dr Mahathir, di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya pada Ahad.
Katanya, ia sudah cukup membuktikan rakyat mahu bersama pihaknya menyelamatkan negara daripada segala kemelut yang melanda negara kini.
“Saya harap dengan nekad daripada rakyat keseluruhannya, kita bersatu hati dan betulkan keadaan. Biarlah suara rakyat yang bersatu hati ini kedengaran di seluruh pelusuk negara ini.
“Apa yang hendak dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan ramai lagi pemimpin dibuat atas dasar menifestasi yang memegang tujuan untuk menyelamatkan negara ini,” katanya.
Beliau dalam ucapannya turut menyeru masyarakat untuk bersama-sama memperbetulkan keadaan semasa dalam negara ini.
“Kalau nak masa depan cerah (untuk) anak cucu, bersama-samalah dengan kami.Kalau tuan-tuan dan puan-puan rasa apa yang berlaku sekarang, perlu dibanteras, bersama-samalah dengan kami.
“Kalau nak kerajaan berintegriti, pemimpinnya tidak songlap duit rakyat bersama-samalah dengan kami. Kami berjanji harapan ini akan kami tunaikan,” katanya lagi. – Sinar Harian