Rakyat takut tandatangan Deklarasi Rakyat, kata Mahathir

Berucap dalam Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia di Shah Alam pada Ahad, Mahathir berkata Deklarasi Rakyat juga tidak terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai proses untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir bagaimanapun yakin dengan sokongan daripada rakyat untuk menurunkan tandatangan mereka akan memberi kuasa kepada raja-raja untuk menumpukan perhatian kepada rayuan dan permintaan rakyat untuk menolak pentadbiran Najib.

“Ada kemungkinan kalau raja-raja mendesak perdana menteri diganti. Sebab itu kita ada deklarasi kalau semua rakyat membuat itu raja-raja perlu terima, juga tidak ada dalam Perlembagaan sebab kita jangka perkara begini berlaku,” katanya ketika berucap dalam himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada Ahad.

Mahathir berkata rakyat bimbang dikesan kerajaan memerintah sekiranya mereka meletakkan tandatangan dan nombor kad pengenalan di deklarasi tersebut.

‎”Kita perlu dapatkan jumlah yang memadai tanda tangan deklarasi…Banyak yang takut sebab kerajaan ini buatkan sukar kalau menentang kerajaan .

“Kadang ada yang tidak mahu bagi nombor IC sebab takut diambil tindakan. Orang takut sebab ancaman antaranya penjawat awam dan juga kerajaan‎,” kata Mahathir.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri