Rakyat Malaysia perlu laksanakan peranan, bukan hanya Bersih 5

Menurut beliau, tugas untuk memastikan orang Melayu dan juga masyarakat luar bandar turut serta dalam himpunan kali ini bukanlah terbeban kepada mereka sahaja.

“Bersih sudah pasti bekerja keras dalam memastikan bukan sahaja orang Melayu dan masyarakat luar bandar untuk menggerakkan Bersih 5.

“Tetapi, rakyat Malaysia juga perlu bersama-sama menjalankan peranan masing-masing. Jadi soalan saya kepada semua orang “apa peranan anda?”

“Isu ini besar dan kita tidak boleh biarkan Bersih sahaja yang melakukannya. #GlobalBersih perlu terlibat sama,” katanya melalui laman Facebook beliau hari ini.

Bersih 2 sebagai penganjur bercadang untuk mengadakan himpunan Bersih 5 dalam masa terdekat.

Namun tarikh dan tempat masih belum ditetapkan. Tujuan Bersih 5 diadakan adalah bagi membantah skandal rasuah melibatkan 1MDB susulan daripada saman sivil yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

Sebelum ini, Bersih 2 telah mengadakan himpunan Bersih 4 namum gagal mendapat sambutan ekoran didominasi oleh kaum Cina.

Himpunan yang diadakan menghampiri ambang merdeka tahun lalu gagal menarik orang Melayu dan juga golongan luar bandar dan ianya turut diakui oleh Maria sendiri.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri