Rakyat Malaysia ditemui mati di Hatyai

Menurutnya, pekerja hotel menemui Leong Ting Shung, 61, kira-kira 2 petang (waktu tempatan) semalam dalam keadaan bogel di dalam bilik air dan memaklumkan kepada pihak berkuasa.

“Hasil pemeriksaan awal, polis tidak menemui sebarang kesan luka pada tubuh mangsa,” katanya dan menambah, jasad mangsa akan dibedah siasat di hospital berhampiran.

Menurut pihak hotel, kata Somkiart, mangsa merupakan pelanggan tetap dan kerap menginap di hotel berkenaan jika berkunjung ke Hatyai untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit dihidapinya. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia